top of page

Perjuangan Usahawan mengikut Fasa Pembelajaran, Latihan dan Praktikal, ianya memerlukan pengorbanan



Buat kawan-kawan yang mahu jalankan bisnes, ini perkara yang anda akan lalui dalam tempoh 1 hingga 3 tahun : 1. Tidak cukup masa bersama keluarga. 2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan bisnes, tetapi duit dalam poket cukup-cukup makan. 3. Isteri, suami, mak, ayah, mertua mula pertikai. Sibuk bukan main, berjayanya tak juga. 4. Kerap menangis di tikar sejadah, bilik mandi dan di dalam kereta. Tekanan yang ada tak mampu diluahkan. 5. Jualan tak seberapa, penatnya rasa sampai nak hilang nyawa. 5. Selalu bercakap seorang diri. 6. Bila lihat orang lain berjaya dalam tempoh lagi awal dari kita, rasa down, rasa bisnes ni tak betul, rasa nak berhenti, rasa kenapa aku tak berjaya lagi? Ini adalah beberapa perkara yang anda akan lalui. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya kongsikan ini dahulu. Jadi, kalian boleh tentukan mahu mulakan atau tidak. Jika tak sanggup, lebih baik usah mulakan. Dunianya keras dan kejam. Ianya tidak seindah yang disangka-sangka. Ia bukan seperti dalam drama pakai blazer, secretary bawakan air kopi. Ia tidak datang cepat seperti yang diharapkan atau dilihat dalam Instagram. Orang pakai kereta mewah makan tempat mewah, bercuti di sana sini. Ianya perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan. Jatuh, bangun buat lagi. Jatuh, bangkit terus berlari. Ulang, ulang dan ulang. Lebih banyak kita cuba, lebih besar peluang untuk berjaya.


Petikan kata-kata ini adalah dari guru saya, Johan Ismail.


 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • LinkedIn

©2020 by Pengguna Bijak & Sifu Cashback. Proudly created with Wix.com

bottom of page