top of page

AV Agreed Value vs MV Market Value



Apakah ‘Market Value’ dan ‘Agreed Value’?


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera Pengguna Sistem Vicare-SAG.


Apakah ‘market value’, dan ‘agreed value’. Sekiranya anda ingin memperbaharui insurans kereta, adalah lebih baik anda mengetahui perbezaan antara ‘Market Value’, dan ‘Agreed Value’ ini.


AV “Agreed Value’ adalah nilai yang dipersetujui, iaitu nilai yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans untuk nilai sesebuah kereta pada masa itu dan dipersetujui oleh anda pada semasa pembelian polisi. Ia biasanya adalah jumlah yang telah anda bayar untuk membeli kereta. Nilai dipersetujui ini adalah lebih terjamin dan selamat. Ini kerana, sekiranya berlaku kemalangan disebabkan oleh kecurian (hilang) atau kerugian menyeluruh (‘total lost’), anda akan dibayar pampasan berdasarkan nilai yang dipersetujui.


MV ‘Market Value’ adalah nilai pasaran iaitu nilai pasaran yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans. Nilai ini bukannya nilai dagangan jika anda menjual sesebuah kereta. Nilai ini juga adalah nilai yang diiktiraf oleh industri bagi kereta anda di pasaran terbuka. Kebanyakkan dari kita akan menyangka nilai ini adalah nilai semasa harga kereta (sekiranya dijual). Jika berlaku berlaku sebarang kemalangan yang disebabkan oleh kecurian (hilang) atau kerugian menyeluruh (‘total lost), anda akan dibayar pampasan berdasarkan nilai pasaran selepas mengambil kira susut nilai.


Info lanjut sila hubungi Auto Insurance 2U

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • LinkedIn

©2020 by Pengguna Bijak & Sifu Cashback. Proudly created with Wix.com

bottom of page